Surprise Me!

Ponteng sekolah demi ibu, ayah sakit kronik

2023-09-10 10 Dailymotion

Ponteng sekolah demi ibu, ayah sakit kronik

BERITA MOJO 10 SEPTEMBER 2023

Seorang pelajar tingkatan dua dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Krai sanggup ponteng sekolah demi menjaga ibu dan ayah yang menghidap penyakit kronik, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.

Muhammad Adam Aizad Mazlan, 14, yang merupakan anak tunggal terpaksa berbuat demikian apabila ibunya, Rahayu Daud, menderita penyakit buah pinggang tahap lima sejak lebih setahun lalu serta kencing manis dan darah tinggi.

Disebabkan itu kedua-dua belah mata ibunya tidak dapat melihat dengan jelas, manakala ayahnya, Mazlan Latif, diserang angin ahmar pada Ogos tahun lalu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/278262/edisi/kelantan/ponteng-sekolah-demi-jaga-ibu-ayah-sakit-kronik

Muzik: 'Sad Day' dari www.bensound.com