Surprise Me!

44 rumah musnah dijilat api, lebih 150 penghuni hilang tempat berteduh

2024-09-16 14 Dailymotion

Lebih 150 penduduk hilang tempat tinggal selepas 44 rumah didiami mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Pinangah, Tongod, Kinabatangan, Sabah malam tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 7.20 malam itu, sebahagian besar penghuni terbabit tinggal sehelai sepinggang tanpa sempat menyelamatkan dokumen penting dan barangan berharga, berikutan api marak dengan cepat serta kedudukan rumah yang rapat.