Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dilaporkan tidak hadir ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur susulan dimasukkan ke Hospital Assunta, Petaling Jaya untuk mendapatkan rawatan petang Rabu.
Beliau sepatunya mendengar keputusan hakim Azura Alwi yang akan memutuskan sama ada beliau perlu menjalani pemeriksaan mental bagi memastikan beliau layak dibicarakan atau sebaliknya.