Perdana Menteri menyatakan bahawa beliau tidak peduli kepada orang yang menggunakan 'freedom' sebagai alasan untuk melakukan jenayah. "Kebebasan bukan untuk kamu mendera orang, curi harta negara, menghina orang, mengaibkan orang," kata beliau. Anwar juga menegaskan bahawa beliau bersama rakyat bertanggungjawab untuk selamatkan negara ini, bukan nak selamatkan penjenayah.