Surprise Me!

Kena renjatan elektrik ketika cas telefon bimbit dalam bas

2024-11-03 152 Dailymotion

Seorang remaja lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika mahu mengecas telefon bimbit di soket dalam sebuah bas ekspres di Penang Sentral, Pulau Pinang pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, mangsa Mohamad Nur Asymawi Jasmadi, 18 tahun ditemukan maut dalam kejadian kira-kira jam 6.10 petang.