Surprise Me!

JIM tangkap Pati 'berkhemah' dalam belukar

2024-11-12 44,149 Dailymotion

JIM tangkap Pati 'berkhemah' dalam belukar

Taktik beberapa pendatang tanpa izin (PATI) tidur dalam khemah di kawasan belukar bagi mengelak dicekup pihak berkuasa tidak berhasil apabila ditahan dalam satu operasi dijalankan di Jalan Tambak Bugis, Telok Mas, Melaka pagi Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.

Serbuan dilakukan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Melaka kira-kira jam 1 pagi itu, berjaya menahan seorang lelaki warga Myanmar yang tidur dalam khemah berwarna hijau dengan memakai baju dan berkain pelekat.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/696158/berita/semasa/jim-cekup-pati-berkhemah-dalam-belukar

#SinarHarian #BeritaSemasa #Pati #operasi #jabatanimigresen