Monsun timur laut kini menjejaskan 9 negeri, dengan lebih 86,279 mangsa daripada 26,254 dilaporkan terkesan setakat tengah hari ini.
Kelantan merupakan negeri paling teruk terjejas, manakala negeri-negeri lain yang turut terkesan termasuk Terengganu, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Perak, Selangor, Melaka, dan Johor.
Sebanyak 533 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka untuk menampung mangsa yang dipindahkan akibat banjir di kawasan terjejas.