Surprise Me!

Hannah Yeoh akan saman Razman Zakaria

2025-01-28 225 Dailymotion

Hannah Yeoh akan menyerahkan notis tuntutan kepada Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria, susulan dakwaannya yang mengaitkan pemimpin DAP itu dengan keluarga konglomerat Yeoh dari YTL Corporation Bhd.

Walaupun Razman telah memohon maaf atas dakwaan bahawa Ahli Parlimen Segambut itu adalah "anak orang kaya" dan "anak perempuan YTL," Yeoh menegaskan bahawa ucapan pemimpin PAS itu mengandungi tuduhan lain yang berunsur fitnah.