Surprise Me!

Kerajaan komited kurangkan defisit fiskal 3.8 peratus pada 2025 - Amir Hamzah

2025-03-03 115 Dailymotion

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memberitahu Dewan Rakyat setakat tahun ini, paras hutang negara berjumlah RM1.2 trilion atau lebih 64 peratus KDNK.

Jelasnya selagi kerajaan mengamal perbelanjaan defisit, selagi itulah hutang akan terus meningkat.

"Kerajaan terus komited mengurangkan defisit dengan unjuran 3.8 peratus pada tahun 2025, seterusnya ke arah mencapai komitmen Tanggungjawab Fiskal (FRA) serendah 3 peratus KDNK," katanya.