Kerajaan tidak bercadang untuk mewajibkan golongan pekerja beragama Islam untuk mencarum dalam simpanan syariah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semata-mata.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau bagaimananpun optimis penyamaan kadar dividen KWSP syariah dan konvensional, iaitu 6.3 peratus seperti yang diumumkan baru-baru ini, membuktikan keyakinan tinggi terhadap pelaburan patuh syariah.
Bagaimanapun beliau berkata, rekod penyamaan dividen itu dijangka akan meningkatkan lagi keyakinan pencarum beragama Islam untuk menambah simpanan mereka dalam kategori itu.