Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang lagi ejen dipercayai menerima rasuah bagi mendapatkan nombor giliran untuk mempercepat proses pemeriksaan kenderaan tanpa mengikut prosedur sah.
Perintah reman selama empat hari sehingga 25 Mac dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar, Assayidatun Najwa Muhammad Nasution selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Sabtu.