Surprise Me!

Ismail Sabri akan dipanggil semula kemuka dokumen isytihar aset

2025-04-10 5,660 Dailymotion

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tetap akan dipanggil semula ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya dalam tempoh dua minggu pihaknya masih belum mengemukakan dokumen yang diperlukan agensi tersebut, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, peringkat fasa pertama siasatan terhadap bekas Perdana Menteri itu telah dilaksanakan dan kini beralih kepada fasa seterusnya untuk dipanggil semula dalam tempoh dua minggu.

Artikel : https://www.sinarharian.com.my/article/722059/berita/semasa/ismail-sabri-akan-dipanggil-semula-kemuka-dokumen-isytihar-aset

#SinarHarian #BeritaSemasa #SPRM #IsmailSabri #IsytiharAset