Tindakan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan memasuki premis Menara Kuala Lumpur pada awal pagi Rabu dibuat selepas syarikat pengendali lama enggan mengosongkan premis walaupun konsesi mereka telah tamat pada 31 Mac lalu.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, berikutan keengganan syarikat lama mengundurkan diri, tindakan undang-undang terpaksa diambil kerana syarikat baharu sepatutnya mengambil alih operasi pada 1 April.