Pengurus tapak didakwa libas lelaki dengan parang di pusat beli-belah
Individu yang videonya tular melibas seorang lelaki dengan parang di sebuah pusat beli-belah di Seremban Gateway Isnin lalu didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Tertuduh, R Suresh Khanna, 47, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Datin Surita Budin selepas kertas pertuduhan dibacakan.
Tertuduh yang bekerja sebagai pengurus tpaka itu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/723585/berita/semasa/pengurus-tapak-didakwa-libas-lelaki-dengan-parang-di-pusat-beli-belah
#SinarHarian #BeritaSemasa #libasgunaparang #mahkamah #Seremban