SPM 2024: 937 calon dapat semua A di Perak
Seramai 937 calon di Perak berjaya memperoleh keputusan semua A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024, meningkat berbanding 772 calon pada tahun sebelumnya, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Safuan Raba’ai berkata, jumlah itu mewakili 3.41 peratus daripada keseluruhan 27,459 calon yang menduduki peperiksaan tersebut.
Beliau berkata demikian sempena pengumuman keputusan SPM 2024 peringkat negeri Perak di Bilik Seri Budi, Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Ipoh pada Khamis.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/724776/edisi/perak/spm-2024-937-calon-dapat-semua-a-di-perak
#SinarHarian #BeritaSemasa #keputusanSPM #Ipoh