Analisis Keputusan SPM 2024 menunjukkan, berlaku peningkatan kehadiran calon yang menduduki peperiksaan awam itu bagi sekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) iaitu seramai 402,918 calon berbanding 395,924 pada 2023, umum Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Azman Adnan.