Menara Kuala Lumpur dibuka semula bermula 26 April selepas kerja penyelenggaraan dan penilaian keselamatan selesai. Operasi kini dikendalikan oleh syarikat baharu, LSH Service Master Sdn Bhd, yang komited menambah baik aspek keselamatan dan keselesaan pengunjung tempatan serta pelancong luar negara.