Meta Platforms melancarkan Llama API dalam usaha menarik pembangun menggunakan model AI Llama untuk membina produk tersuai dengan lebih mudah. API ini diumumkan semasa persidangan AI pertama Meta dan dijangka memperkukuh daya saing Meta dalam landskap teknologi global, bersaing dengan API dari OpenAI, Google, dan DeepSeek. Mark Zuckerberg menegaskan bahawa keterbukaan model Meta membolehkan pembangun memilih dan menggabungkan elemen terbaik dari pelbagai model AI sedia ada.