Bapa empat anak terlepas hukuman gantung
Seorang bapa kepada empat anak menarik nafas lega apabila dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di Kuala Terengganu pada Rabu daripada pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine tiga tahun lalu,lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Tertuduh, Muhammad Fazilah Ngah, 42, sebelum ini berdepan hukuman gantung sampai mati selepas didakwa mengedar 73.86 gram methamphetamine pada 9 Jun 2022 di sebuah rumah di Felda Bukit Bading, Hulu Terengganu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/725891/berita/semasa/bapa-4-anak-bebas-tuduhan-edar-dadah-terlepas-hukuman-gantung
#SinarHarian #BeritaSemasa #kesedardadah #terlepashukumangantung #mahkamah