Surprise Me!

Pemandu Lori Baring Atas Jalan Alami Kemurungan

2025-05-04 67,460 Dailymotion

Kemurungan selepas kematian isteri disyaki menjadi punca seorang pemandu lori memberhentikan kenderaan lalu meniarap di tengah jalan raya dekat Jalan Parit Bilal, Batu Pahat, Johor.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, pihaknya menerima laporan orang awam berhubung seorang lelaki dilihat mundar-mandir atas jalan pada jam 1.20 tengah hari, Rabu lalu.

Menurutnya, hasil siasatan dan dokumentasi mendapati lelaki berusia 40 tahun itu dipercayai sedang mengalami kemurungan kerana tekanan perasaan berlarutan akibat kehilangan isteri.