Seorang bapa tidak menyangka insiden melanggar lampu isyarat merah yang meragut tiga nyawa di Jalan Persiaran Senawang 1 berhampiran persimpangan lampu isyarat Matahari Height di Seremban Mac lalu kini menimpa anaknya pula, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Dalam kejadian jam 12.10 tengah malam pada Sabtu, Muhammad Annas Iskandar Mohd Khairi, 21, meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal ditunggang dirempuh van dipandu lelaki berusia 44 tahun.
Menurut Rosli Mohd Yusof, 52, kebimbangannya selama ini berhubung insiden di lokasi sama sememangnya berasas.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/726592/berita/semasa/kalau-tak-puas-hati-kita-akan-lawan---bapa-mangsa-rempuhan-langgar-lampu-isyarat-merah
Muzik: Dissolved in Loneliness dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #KemalanganMaut #Seremban