Maritim tumpaskan cubaan seludup keluar dadah RM15 juta
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Melaka dan Negeri Sembilan berjaya menumpaskan cubaan membawa keluar cecair kimia mengandungi dadah bernilai hampir RM15 juta di Pengkalan Balak, Alor Gajah pada malam Khamis lalu, lapor wartawan Sinar Harian,Nor Farhana Yaacob.
Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim, Mohd Zawawi Abdullah berkata, rampasan 179 liter cecair kimia itu merupakan kejayaan terbesar dan pertama yang direkodkan Maritim Malaysia.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/726769/berita/semasa/maritim-tumpaskan-cubaan-seludup-keluar-cecair-dadah-rm15-juta
#SinarHarian #BeritaSemasa #seludupdadah #Maritim