Hasrat seorang anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) untuk pulang bertemu keluarga di Lunas, Kedah tidak kesampaian apabila dia antara sembilan anggota yang maut dalam nahas membabitkan kenderaan FRU dan lori muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan pagi Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.
Mangsa, Konstabel Ahmad Wafi Annuar, 28, anggota FRU Unit 5, disahkan terkorban dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 8.50 pagi itu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/728245/berita/semasa/nahas-fru-hajat-ahmad-wafi-bertemu-keluarga-tak-kesampaian
#SinarHarian #BeritaSemasa #NahasFRU #FRU #Kemalanganmaut