Pengasas Perkhidmatan Premium Big Blue Taxi, Shamsubahrin Ismail, dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pada Jumaat atas satu pertuduhan menipu berkaitan kontrak kawalan keselamatan di KLCC melibatkan wang berjumlah RM300,000, enam tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
Hakim K. Muniandy membuat keputusan tersebut selepas membenarkan rayuan Shamsubahrin, 59, bagi mengetepikan sabitan bersalah dan hukuman penjara tiga tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 20 September 2023.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/728769/berita/semasa/shamsubahrin-bebas-tuduhan-tipu-kontrak-klcc
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #TipuKontrakKLCC #Shamsubahrin