Enam individu termasuk seorang remaja perempuan bawah umur mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, atas pertuduhan bersubahat melakukan jenayah penipuan dalam talian, pada 13 Mei lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Tertuduh, Cham Chew Lian,22; remaja perempuan berusia 17 tahun; Leong Wei Yao,28; Ang Meng Foo,25 serta wanita warga Kemboja, Reasmeykakada,22 dan lelaki warga China, Deng Fei,38 membuat pengakuan terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 120B Kanun Keseksaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/728825/berita/semasa/enam-scammer-termasuk-remaja-bawah-umur-didakwa-di-mahkamah
#SinarHarian #BeritaSemasa #kesscammer #mahkamah