Budak 4 tahun maut terperangkap dalam kebakaran
Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut dalam satu kejadian kebakaran di sebuah kediaman di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Krubong, Melaka pada Jumaat, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I, Mohd Lokman Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sekitar jam 2.30 petang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/728845/berita/semasa/budak-lelaki-4-tahun-maut-terperangkap-dalam-kebakaran-rumah
#SinarHarian #BeritaSemasa #kebakaran #kanakkanakmaut #Melaka