Isu 'cai': JPP PKR akan beri amaran kepada Rafizi
Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR akan memberi amaran keras kepada calon Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli susulan tindakan beliau mengumumkan senarai penuh ‘cai’ pilihannya sebelum pemilihan pada Jumaat, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Pengerusinya, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata, langkah tersebut disifatkan bercanggah dengan Garis Panduan Pemilihan 2025 yang telah ditetapkan oleh JPP.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/729916/berita/politik/isu-cai-jpp-pkr-akan-beri-amaran-kepada-rafizi
#SinarHarian #BeritaSemasa #JPPPKR #PKR