Surprise Me!

Pembeli desak pemaju siapkan rumah projek sakit

2025-05-25 1,059 Dailymotion

Impian menduduki mahligai baharu pada Januari lalu musnah apabila projek pembinaan kira-kira 200 unit sebuah taman perumahan di Lenggeng Seremban belum menunjukkan perkembangan untuk disiapkan dalam tempoh terdekat, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.

Pembeli yang mahu dikenali sebagai Zahirah, 60, mendakwa, rumah tersebut dijanjikan siap dalam tempoh dua tahun selepas dia menandatangani perjanjian jual beli (S&P) rumah pada 2023 namun hingga kini fasa penyiapan projek itu masih kurang 50 peratus.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/730324/edisi/melaka-ns/pembeli-desak-pemaju-siapkan-rumah-terbengkalai

#SinarHarian #BeritaSemasa #Seremban #rumah #projeksakit #Pemaju