Jemaah haji diingatkan agar tidak keluar dari khemah masing-masing terutamanya antara jam 10 pagi hingga 4 petang semasa berada di Arafah dan Mina bagi mengelakkan risiko strok haba yang boleh mengancam nyawa, lapor wartawan Sinar Harian, Nur Farhana Abdul Manan.
Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd Hisham Harun berkata, langkah itu selaras dengan arahan dikeluarkan oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi yang mengesyorkan pelaksanaan ‘lockdown’ pada waktu tersebut.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/730403/berita/nasional/arab-saudi-syor-lockdown-enam-jam-di-arafah-dan-mina-elak-strok-haba
#SinarHarian #Beritasemasa #Haji2025 #jemaahhaji #makkah #haji #tabunghaji #strokhaba