Surprise Me!

Geng Bob curi sarung meter air tumpas

2025-05-25 6,544 Dailymotion

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Syarikat Air Darul Aman (SADA) menumpaskan Geng Bob yang disyaki menjalankan kegiatan curi sarung meter air sekitar Daerah Kuala Muda sejak enam bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, dua lelaki warga tempatan berumur 30 dan 34 tahun ditahan dalam sebuan dilakukan sekitar bandar ini baru-baru ini.

Menurutnya, polis turut merampas 45 unit sarung meter air tembaga milik SADA dengan nilai kerugian anggaran RM6,000 dan satu beg plastik hitam berisi wayar tembaga yang telah dibakar anggaran berat 11.05 kilogram manakala sebuah kereta disyaki milik suspek disita.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/730449/edisi/utara/geng-bob-curi-sarung-meter-air-tumpas

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #PDRM #curiĀ #sarungmeter