Surprise Me!

Kelaparan Memuncak di Gaza: ‘Saya Ada Ijazah, Tapi Terpaksa Makan dari Sampah’ – Ibu Palestin Kutip Sisa Makanan Demi Anak-anak

2025-05-27 206 Dailymotion

Seorang wanita Palestin di Gaza bersama anak perempuannya dilihat menggeledah sampah yang dikerumuni lalat di tengah-tengah timbunan runtuhan bangunan.

Islam Abu Taeima, seorang ibu berusia 40 tahun yang mempunyai lima orang anak, sambil menambah bahawa dia tidak mempunyai pilihan lain selain mencari sisa makanan dalam sampah.

Keluarga Taeima adalah antara lebih dua juta rakyat Palestin yang berada di ambang kebuluran selepas 19 bulan peperangan antara Hamas dan Israel.

Mereka memilih kepingan roti kering yang tidak terkena cecair busuk dari sampah.

Dia kemudian merebusnya bersama apa jua sisa makanan yang mereka temui dan berkongsi hidangan itu bersama anak-anaknya yang berlindung bersama ribuan yang lain di sebuah sekolah di Bandar Gaza.

Abu Taeima, yang mempunyai ijazah sarjana muda dalam Bahasa Inggeris dari 'Al-Quds Open University' berkata “Saya rasa sedih dengan diri sendiri kerana saya berpendidikan, namun saya tetap terpaksa makan dari sampah.

#AWANInews