Surprise Me!

Ahli sindiket along mengaku salah lakukan khianat

2025-05-28 1,312 Dailymotion

Dua lelaki yang dipercayai ahli sindiket pinjaman wang tanpa lesen (along) mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Rabu atas pertuduhan melakukan khianat dengan menyimbah cat ke atas kediaman dan kenderaan milik seorang wanita, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.

Tertuduh, R Sahswin, 25, dan P Yugendran, 31, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret A. Shaarmini di tiga Mahkamah Majistret yang berasingan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/731033/berita/semasa/ahli-sindiket-along-mengaku-salah-simbah-cat-ugut-bakar-rumah

#SinarHarian #BeritaSemasa #MahakamahMajistret #JohorBahru #SimbahCat