Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada pengamal media atas peranan luar biasa mereka dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat, termasuk dalam mendukung dan menegur demi kemajuan negara, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Beliau juga turut menyifatkan tugas kewartawanan sebagai satu bentuk pengorbanan yang besar, penuh keperitan namun tetap dijalankan dengan komitmen tinggi demi memastikan rakyat mendapat laporan yang benar dan seimbang.
Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/731292/berita/tugas-wartawan-luar-biasa-lapor-pahit-getir-rakyat---pm
#SinarHarian #BeritaSemasa #PMĀ #pengamalmedia