Surprise Me!

Penyertaan Tengku Zafrul dalam PKR beri nilai tambah - AMK

2025-05-31 5 Dailymotion

Permohonan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) disifatkan mampu memberi nilai tambah kepada parti itu.

Menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim, perbincangan mengenai hasrat Tengku Zafrul menyertai PKR telah berlangsung lebih setahun lalu dan ia dibuat menerusi proses yang matang dan penuh pertimbangan.