4 lelaki termasuk warga asing mengaku berurusan dengan LPG tanpa lesen
Empat lelaki termasuk seorang warga asing mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban pada Selasa atas pertuduhan berurusan dengan barang kawalan berjadual 1,200 kilogram(kg) LPG tanpa lesen, bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Orang kena saman(OKS) Lee Kin Choong, 57, Lim Chun Wee, 38, Tan Kai Lun, 28 dan Mar Thang, 31 yang merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Pelarian (UNCHR), membuat pengakuan itu di hadapan Hakim, Mohamad Kamil Nizam selepas kertas pertuduhan dibacakan.
Bagaimanapun, pertuduhan terhadap seorang lagi OKS, Phaway Ai, 23, yang juga pemegang kad UNHCR, tidak dapat dibacakan kerana tidak memahami Bahasa Melayu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/731934/berita/semasa/4-lelaki-termasuk-warga-asing-mengaku-berurusan-dengan-lpg-tanpa-lesen
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #LPGtanpalesen