Surprise Me!

Kedai berusia 70 tahun ditutup, lelong beribu utas jam kerana tiada pewaris

2025-06-04 7,954 Dailymotion

"Kami ada tiga anak, namun mereka tidak mahu mewarisi perniagaan ini. Terpaksalah lelong beribu utas jam tangan kerana kedai berusia 70 tahun ini akan ditutup sepenuhnya hujung bulan nanti."

Demikian luahan Tan Siew Wan, 75, isteri kepada Mah Weng Kiong, 83, yang mengusahakan kedai jam tangan Swee Hing Kota Bharu sejak 1955, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.

Menurutnya, dia dan suami mengakui sukar untuk membuat keputusan itu kerana ia sudah menjadi rutin harian selain menyumbang kepada pendapatan utama.

Muzik: Dreams dari www.Bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #kedaijam #usahawan #KarnivalSiangMalam