'Kami bukan sahaja hilang adik, tapi ibu ' - Abang Nor Ayuni
Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Allahyarhamah Nor Ayuni Maslan, 21, mangsa nahas kemalangan bas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik di Perak pada Isnin disifatkan sebagai seorang adik periang serta 'ibu' yang bertanggungjawab pada keluarga, Lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Abangnya, Ahmad Azizol, 26, berkata, semenjak pemergian ibu mereka 10 tahun lalu Nor Ayuni yang merupakan anak bongsu daripada lapan beradik itu menggalas tanggungjawab sebagai 'ibu' seawal usia 11 tahun.
Kehilangan Nor Ayuni sangat sukar bagi mereka kerana dia bukan sahaja adik tetapi ibu. Bagaimanapun mereka sekeluarga reda dengan apa yang berlaku.
Muzik: Sad Day dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #kemalanganbas #nahasbas #kemalanganpelajarUPSI #KarnivalSiangMalam