Surprise Me!

tipu pakej haji

2025-06-16 54,469 Dailymotion

Tipu pakej haji: Lelaki direman empat hari

Seorang lelaki direman selama empat hari selepas disyaki terlibat dalam kes penipuan pakej haji melibatkan sekumpulan jemaah warga emas yang didakwa dikurung di Arab Saudi baru-baru ini, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 60 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Fairuz Syuhada Amran di Mahkamah Majistret Seremban pada Isnin, bermula 16 Jun hingga 19 Jun.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, suspek ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/733996/berita/semasa/tipu-pakej-haji-lelaki-direman-empat-hari


#SinarHarian #Beritasemasa #reman #tipupakejhaji #KarnivalSiangMalam