Surprise Me!

36 tahun bisnes, lebih 100 kedai - Senheng tak pernah hutang bank

2025-06-16 5,772 Dailymotion

BERMULA dengan sebuah kedai kecil di Pandan Jaya pada tahun 1989, tiga beradik Lim Kim Heng, Lim Kim Chieng dan Lim Kim Yew tidak menyangka perniagaan keluarga mereka akan berkembang menjadi salah satu empayar runcit elektrik terbesar di Malaysia.

Berbekalkan semangat keusahawanan yang tinggi dan keberanian mencuba, mereka membina sebuah legasi yang kini dikenali sebagai Senheng New Retail Berhad dengan lebih 100 cawangan di seluruh negara tanpa menggunakan pinjaman kewangan daripada mana-mana institusi kewangan.

Selepas 36 tahun dalam industri, Senheng bukan sahaja bertahan malah terus berkembang seiring perubahan zaman.