Mahkamah Persekutuan Putrajaya pada Khamis memutuskan bahawa fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, iaitu fatwa pemikiran liberalisme dan pluralisme agama, adalah sah di sisi undang-undang, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
Bagaimanapun, panel empat hakim yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, menyatakan bahawa fatwa tersebut tidak terpakai kepada Sisters In Islam (SIS) Forum (Malaysia) kerana entiti itu merupakan ‘orang buatan’ seperti syarikat atau pertubuhan
Peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, empat orang hakim sudah membuat keputusan mengenai perkara itu dan masih sah serta tidak mencacatkan penghakiman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/734502/berita/semasa/fatwa-sah-tapi-tidak-terpakai-kepada-sis-forum-ndash-tengku-maimun
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #fatwa #mahkamah #KarnivalSiangMalam