Surprise Me!

Lelaki langgar kereta warga emas tiga kali didenda RM13,000

2025-06-25 5,414 Dailymotion

Seorang lelaki dihukum denda keseluruhan RM13,000 oleh dua Mahkamah Majistret Johor Bahru atas dua pertuduhan iaitu melakukan khianat dengan melanggar kenderaan milik warga emas sebanyak tiga kali serta memandu secara berbahaya kepada pengguna jalan raya lain, lapor wartawan Sinar Harian, Nuratikah Athilya Hassan.

Di hadapan Majistret Atifah Hazimah Wahab, tertuduh, Muhammad Firdaus Abdullah, 50, yang juga penganggur mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan khianat pada 22 Jun lalu, kira-kira jam 3.10 petang dengan sengaja melanggar sebuah kereta jenis Perodua Axia sehingga menyebabkan kerugian sebanyak RM15,300.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/735560/berita/semasa/lelaki-langgar-kereta-warga-emas-tiga-kali-didenda-rm13000

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #langgarkereta wargaemas #KarnivalSiangMalam