Beberapa negara termasuk China mahu perjanjian SEANWFZ disambung semula - Mohamad
Beberapa negara termasuk China menyatakan hasrat untuk menyambung semula perbincangan membabitkan perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ) yang tertangguh sebelum ini, lapor wartawan Sinar Harian, Nurhidayah Hairom.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, China menghubungi Malaysia dan setuju untuk menandatangani perjanjian tanpa sebarang syarat.
Menurutnya, permintaan tersebut menunjukkan perkembangan yang baik dalam usaha membebaskan dunia daripada ancaman senjata nuklear.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/737687/berita/nasional/beberapa-negara-termasuk-china-mahu-perjanjian-seanwfz-disambung-semula---mohamad
Muzik: Elevate - Benjamin Tissot dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #ASEAN