Surprise Me!

Kedai mainan diserbu, 351 pistol tiruan dirampas

2025-07-16 6,707 Dailymotion

Kedai mainan diserbu, 351 pistol tiruan dirampas

Pasukan polis merampas 351 pistol tiruan dianggar bernilai RM105,300 dalam serbuan di sebuah premis menjual alat permainan di Taman Teknologi Cheng, Melaka pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.

Dalam serbuan jam 10.22 pagi, pemeriksaan oleh Unit Penguatkuasaan Lesen/Risikan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka menemui pistol jenis 'airsoft gun' dan menyerupai senjata sebenar disimpan di dalam stor di belakang premis.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat penyimpanan dan penjualan senjata tiruan di premis terbabit yang mana pemilik tidak memperbaharui lesen berkaitan sejak setahun lalu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/738931/berita/kedai-mainan-diserbu-351-pistol-tiruan-dirampas

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #pistoltiruan #PDRM #KarnivalSiangMalam