Surprise Me!

Kilang haram diserbu, 1,221 tan logam cecah RM10 juta dirampas

2025-07-17 1,382 Dailymotion

Sebuah kilang memproses barangan aluminium dan buangan berjadual yang beroperasi secara haram di Kawasan Perindustrian Pengkalan dekat Pusing, Batu Gajah diserbu, dengan 1,221.3 tan logam bernilai kira-kira RM10 juta dirampas, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.

Serbuan sekitar jam 7.30 malam pada Rabu itu diketuai oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perak dan Majlis Daerah Batu Gajah.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/739110/berita/semasa/kilang-haram-diserbu-1221-tan-logam-cecah-rm10-juta-dirampas

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #kilangharam #PGA #KarnivalSiangMalam