Ismanira diperintah bela diri – Peguam
Ibu kepada Zayn Rayyan Abdul Matin, Ismanira Abdul Manaf akan membela diri atas pertuduhan mengabaikan anak autistik itu selepas Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, pada Isnin memutuskan bahawa wujud kes prima facie terhadap dirinya, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Azlim Zainury, Siti Aisyah Mohamad dan jurukamera, Azim Azmi.
Peguam bela, Haresh Mahadevan memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pembelaan akan memanggil lima saksi, termasuk suami Ismanira, Zaim Ikhwan Zahari yang telah dibebaskan daripada pertuduhan sama.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/739639/berita/semasa/ismanira-diperintah-bela-diri-lima-saksi-termasuk-suami-bakal-dipanggil-ndash-peguam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #kesZaynRayyan #kespengabaianZaynRayyan #KarnivalSiangMalam