Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata kerajaan memperkukuh Unit Integriti di universiti awam dengan meletakkannya di bawah Lembaga Pengarah Universiti sebagai entiti bebas bagi menjamin ketelusan dan keberkesanan pemantauan.
Unit ini akan dianggotai oleh sekurang-kurangnya tujuh pegawai termasuk pegawai kader dari SPRM, PTD dan juruaudit, selaras dengan garis panduan SPRM. Ketua unit perlu dilantik pada gred minimum 48.
Pegawai integriti disarankan mengikuti Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO), manakala pemantauan laporan SPRM dijadikan agenda tetap tadbir urus universiti. Kerajaan turut mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Integriti bebas di peringkat lembaga universiti bagi memperkukuh pengawasan.
#AWANInews #SisiTVParlimen #DewanRakyat