Enggan pasang VEP, kenderaan asing bakal disita - JPJ
"Kalau enggan beri kerjasama, kita akan sita."
Itu reaksi Pengarah Kanan Penguat Kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia, Muhammad Kifli Ma Hassan berhubung insiden seorang pemandu warga Singapura yang masih berdegil dan enggan mengaktifkan tag RFID Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) setelah disaman dalam satu operasi khas di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Bukit Chagar baru-baru ini, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.
Menurutnya, kejadian itu berlaku kira-kira dua minggu lalu ketika pemeriksaan dilakukan oleh anggota JPJ sempena operasi berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/741753/berita/semasa/enggan-pasang-vep-kenderaan-asing-bakal-disita---jpj
#SinarHarian #SinarTerkini #BeritaSemasa #VEP #JPJ #RFID