Surprise Me!

Tak Sangka Benjolan Kecil Masa Menyusu Rupanya Kanser Payudara

2025-10-28 43 Dailymotion

Disahkan menghidap kanser payudara tahap 1 dua tahun lalu, Pn. Sheena ketika itu menyangka sakit di dada hanyalah milk duct infection kerana masih menyusukan anak. Namun takdir Tuhan berbeza. Dunia seakan gelap, segalanya terasa mustahil untuk diterima.

Disebalik air mata dan ketakutan, kasih keluarga menjadi benteng kekuatannya. Sokongan suami dan insan terdekat menyalakan semula semangat dalam diri Pn. Sheena. Melihat wajah anak setiap pagi mengingatkannya perjuangan ini belum selesai. Dari rasa takut, beliau bangkit menjadi wanita yang tabah dan penuh semangat juang.

Hari ini, Pn. Sheena bukan sekadar pejuang, tapi juga inspirasi buat wanita lain agar jangan sesekali mengambil mudah tanda-tanda awal perubahan pada tubuh sendiri.