Surprise Me!

Astro Audio News ungguli dua anugerah media 2025

2025-11-18 14 Dailymotion

Astro Audio News meraih kejayaan berganda menerusi kemenangan di Anugerah Kecemerlangan Media KPKT 2025 dan Anugerah Media Perkeso 2025. Untuk Anugerah KPKT, laporan “The Urban Renewal Act – The Debate Over Redeveloping Malaysia” oleh wartawan Nicholas Darren John diumumkan sebagai pemenang kategori Penyiaran Radio Terbaik.
Astro Audio News turut meraih Juara Laporan Radio Terbaik di Anugerah Media Perkeso melalui laporan “RUU Pekerja GiG 2025: Dari Risiko Jalanan ke Payung Jaminan” oleh Muhammad Najib Md Nazri.
Ketua Operasi Bilik Berita dan Trafik Astro Radio News, Moganadas Muniandy, menyifatkan kejayaan ini sebagai bukti komitmen pasukan menghasilkan kandungan yang berkualiti dan berimpak.