Surprise Me!

Banjir Hat Yai makin parah, penduduk diarah berpindah

2025-11-25 63 Dailymotion

Hat Yai berdepan banjir terburuk sejak dua dekad apabila paras air mencecah hampir tiga meter, memaksa pihak berkuasa mengeluarkan arahan pemindahan besar-besaran. Arahan yang dikeluarkan Gabenor Songkhla itu mencetuskan kritikan kerana ramai penduduk terperangkap tanpa akses keluar. Tentera dan penyelamat digerakkan, sementara Perdana Menteri Anutin Charnvirakul mengarahkan bantuan segera dilaksanakan. Lebih 719,000 isi rumah di selatan Thailand kini terjejas.